Latest Videos :
Recent Videos

The Making



Duration : 122 sec. | Views : 396 | Likes : 2 | Comment : 0


Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, apabila seseorang itu mati, roh si mati itu akan kembali melawat waris terdekatnya. Justeru, ahli keluarga atau waris akan berada di samping keranda si mati menemaninya sehinggalah pada hari pengkebumian si mati atau hari ketujuh. Peristiwa ini dikenali sebagai `vigil` atau `wake`. Sehingga ke zaman moden ini, kepercayaan ini masih diamalkan sebagai tanda penyatuan antara orang tersayang bersama si mati. Merujuk kepada peristiwa dan kepercayaan di atas, pihak produksi SKT telah menerbitkan sebuah filem seram bertajuk Seventh yang menggunakan tenaga 100% anak tempatan. ?Seventh? mengisahkan tentang pasangan yang sering bertengkar, Cannon dan Mimi dalam penyertaan mereka untuk pertandingan fotogragfi secara online. Tema yang diberikan ialah `Supernatural` dan untuk menepati tema tersebut, pasangan ini telah melawat sebuah rumah berhantu di sebuah kampung. Setibanya di sana, mereka mendapati tuan rumah untuk kediaman tersebut, Encik Huang baru sahaja meninggal dunia dan majlis pengkebumian akan diadakan di rumah agam tersebut. Pada masa yang sama, cucu kepada mendiang tuan rumah, Yi turut tiba di rumah tersebut untuk menuntut harta si mati. Ketiga-tiga mereka kemudiannya telah membuat keputusan untuk menetap di rumah tersebut selama tujuh hari, dan tindakan mereka telah menyebabkan pelbagai konflik timbul. Selain terpaksa berhadapan dengan wanita misteri yang membangkitkan kenangan silam buat Yi, mereka kemudiannya turut berhadapan dengan pelbagai kejadian aneh dan menakutkan dalam rumah tersebut. "Seventh" adalah sebuah filem seram terbitan SKT Media Entertainment Group, Malaysia. Ia diarah oleh Ryon Lee, penulis skrip filem tempatan terlaris "The Journey". Filem ini bakal menemui anda di pawagam pada 16 Oktober ini. Ikutilah kami di https://www.facebook.com/movieSeventh/info.


{[['']]}
 
Support :
Copyright © 2011. Kumpulan Video Horror - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger